-->
HaszneeZaHasan..ღஐღஐღஐ...

~~GGGRRRRRRRRRRRRR!!!!! X B0LEH TID0Q~~


Salam guys...
aku ni ada msalah besar la sejak kebelakangan ni..aku xtaw nak mintak t0lg sapa lg nie.. actlly aku xkisah sgt pasal masalah ni tapi yang d0k risaw lebih mak aku nuh...dia d0k bleter,,,,,,,,,bleter,,,,,,,bleter,,,,,kalah abeh suma mak org kt dunia ni..aiy0ok!! huhu..malah nya ialah aku xb0leh tidur!! haha bkn xleh td0Q lgsg taw..tapi mai malam jaa mata aku ni cm segaQ smacam n x leh nk tid0Q..ad0i..ni daa 2 malam aku x tid0Q lgsg...mlm sbl0m2 ni aku tid0Q gak lpaz paksa mata aku ni tidoQ gak...2 p0n lepaz pada 3pagi nuh...ishhh ishhhh ishhh~~

s0 aku daa buat research ckit..dalam bhasa sains nya masalah xleh tid0Q ni dipanggil Ins0mia..s0 aku dapat agak byak psal inf0 ins0mia ni,tapi aku x amik semua laa...yg penting2 jaa aku amik,s0 j0m sama2 kita k0ngsi inf0 yg secubit nih~~~


Apa itu insomnia?
Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.
Tahap insomnia
* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.
* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.
* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.


Jenis insomnia
* Insomnia primer
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.
* Insomnia sekunder
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.
A. Psikiatri
* Masalah kemurungan, skizofrenia
B. Bukan psikiatri
* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala
* Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)
* Epilepsi
* Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati
* Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam
* Penyakit Parkinson
* Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu
sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku
* Rest leg syndrome
* Pedih hulu hati
* High altitude insomnia
* Angin ahmar
* Penyakit Alzheimer
* Ketumbuhan otak
* Migrain


Insomnia, membabitkan beberapa ciri berikut seperti:
* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)
* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)
* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)
Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka.
``Masalah kewangan atau pelajar yang akan menduduki peperiksaan biasanya berdepan dengan insomnia jenis ini,'' ujarnya.
Keadaan ini bagaimanapun, tidak mengundang sebarang masalah dan tidak menjejaskan. Tetapi, ia perlu dirawat jika insomnia yang dihidapi mengganggu rutin harian individu terbabit.
``Sekiranya insomnia tersebut menyebabkan fungsi harian individu terbabit terganggu sehingga dia tidak boleh bekerja, sebaiknya berjumpa doktor untuk mengetahui puncanya
``Rata-rata, mereka hanya datang berjumpa doktor setelah sebulan berdepan dengan masalah ini atau insomnia yang dihidapi telah serius,'' kata beliau.
Tidur, sebetulnya merupakan satu proses yang kompleks. Mengikut kajian sains, banyak bahagian otak yang mengawal dan mempengaruhi tidur pada tahap yang berbeza-beza.
Tidur yang normal akan melalui beberapa fasa. Fasa ini terbahagi kepada:
* Tidur yang membabitkan pergerakan mata tidak laju (Non Rapid Eye Movement - NREM Sleep)
Fasa ini akan berlaku dalam tempoh satu jam pertama tidur. Ia membabitkan:
a. Tahap I - Rasa mengantuk
b. Tahap II - Tidur-tidur ayam
c. Tahap III dan IV - Tidur mati.
Seperti gear kereta, tahap ini boleh berubah-ubah dengan bermula dari tahap I ke tahap II atau sebaliknya mengikut urutan.
* Tidur yang membabitkan pergerakan mata laju (Rapid Eye Movement - REM)
Fasa ini berlaku dalam tempoh dua jam pertama selepas tidur. Pada fasa ini individu terbabit akan bermimpi, pergerakan mata menjadi laju, berdengkur lebih kuat dan otot-otot kerongkong menjadi kendur.
Peringkat tidur ini dibahagikan kepada beberapa tahap melalui rakaman gelombang otak (EEG) dengan persetujuan antarabangsa.
Rakaman ini bagaimanapun, memerlukan jangka masa yang panjang.
Menurut Prof. Raymond, setiap individu mempunyai keperluan tidur yang berbeza-beza. Justeru, sebetulnya, tiada satu tempoh piawaian berapa lama seseorang perlu tidur.
``Secara puratanya, sebahagian besar individu memerlukan antara tujuh hingga lapan jam waktu tidur yang berkualiti sehari.
``Ada sesetengah yang lain masih dapat `berfungsi' dengan baik keesokan harinya sekalipun hanya tidur antara empat hingga lima jam saja,'' jelasnya.
Apa yang penting, kunci tidur yang sihat bukan bergantung kepada tempoh masanya, tetapi pola tidur yang tetap. Beliau menegaskan, penggunaan pil tidur seharusnya dielakkan kerana selain menyebabkan ketagihan, ia juga menyukarkan proses mencari punca seseorang sukar tidur.
Selain itu, penggunaan jangka masa panjang atau dos yang berlebihan selama sebulan boleh mengakibatkan kematian. Malah, ada yang menyalahgunakan pil tidur untuk membunuh diri.
Bagaimanapun, pil tidur hanya akan diberikan dalam jangka masa yang singkat dan mereka yang benar-benar memerlukan.
``Sebagai contoh, kemungkinan individu terbabit perlu menghadiri sesi ditemu ramah keesokan harinya yang memerlukan dia tidur secukupnya,'' ujarnya.


Tempoh dan kekerapan berlakunya insomnia juga pelbagai. Insomnia juga terbahagi kepada:
* Insomnia akut
Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:
a. Tekanan - bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindah
b. Sakit yang ringan
c. Persekitaran - bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,
d. Perubahan masa tidur - jet lag atau syif kerja.
* Insomnia kronik
Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih. Ia berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.


TIP
* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal
* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
* Elakkan tidur pada waktu tengah hari
* Melakukan senaman dengan kerap
* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi  atau teh pada lewat petang atau malam
* Jangan merokok
* Belajar menangani tekanan
* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.

Sumber Dari: www.utusan.com.my

h0h0h0! abeh dah d0h ! ^_^

diterbangkan~~ hasznee hasan tepat 6/03/2011 11:09:00 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

0 kentut disini!!:

Catat Ulasan

Langgan: Catat Ulasan (Atom)

banner aku ^_^

*mari-mari copy & paste at your blog okie :)


About Me

About Me
hasznee hasan
21 tah0n
still study (final year)
penang
merah, biru, & hitam
love reading & collecting

peLawat saya

wElc0mE t0 u dear frensz


cutE-cuTe 0ne

Blog Archive

  • ►  2013 (5)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2012 (19)
    • ►  November (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (7)
    • ►  Januari (4)
  • ▼  2011 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (19)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ▼  Jun (9)
      • GERHANA BULAN PENUH~~
      • ANAK KAMBING BERWAJAH ALIEN~~
      • BEN ASHAARI : 5 BLOG PILIHAN HATI
      • ~~HAZAMA MENANG!!~~
      • AKHIRNYA....
      • SAYANG~~IM S0RRY :(
      • ~~GGGRRRRRRRRRRRRR!!!!! X B0LEH TID0Q~~
      • kena pukul!! o_0
      • t0turial
    • ►  Mei (7)
    • ►  April (5)
  • ►  2010 (1)
    • ►  Oktober (1)

m0m & sis

m0m & sis
~ kami sama ka x?? ~

my l0vly m0m

my l0vly m0m
~ mak sy yg terbaek! ~


~~hasznee hasan~~. Dikuasakan oleh Blogger.